Selasa, 4 November 2014

Ingot atau Tampang sebagai matawang.

Pada hari ini dalam tahun 1889, mata wang tampang telah diisytiharkan oleh Pentadbiran Inggeris sebagai sah diperlakukan di negeri Pahang. Tampang ialah istilah yang digunakan bagi mata wang yang diperbuat daripada timah yang digunakan pada zaman dahulu di negeri Pahang. Adalah dipercayai mata wang tampang ini juga digunakan di negeri-negeri lain misalnya di negeri Melaka, menurut catitan sejarah China di awal kurun ke 15, matawang diperbuat dari timah ini ada digunakan di negeri Melaka. Ia adalah dalam bentuk blok-blok kecil timah yang beratnya antara 900 gm atau 750 gm atau 10 blok kecil itu diikat dengan rotan dan dijadikan satu bundal kecil. Manakala 40 blok dijadikan bundal besar. Penggunaan blok-blok timah ini sebagai mata wang di negeri Melaka telah dihentikan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511. Penggunaan mata wang tampang di negeri Pahang ada dicatitkan oleh Munshi Abdullah dalam bukunya ‘Pelayaran Abdullah Munsyi”. Beliau menyatakan bahawa mata wang tampang itu ada digunakan di negeri Pahang dalam tahun 1837. Walaubagaimanapun, pentadbiran Inggeris di negeri Pahang telah mengisytiharkan bahawa mata wang tampang ini sah diperlakukan pada hari ini dalam tahun 1889. Dalam pengisytiharan itu dinyatakan bahawa pengeluaran mata wang tampang ini tidak dibenarkan lagi selepas pengisytiharan tersebut. Akhirnya mata wang tampang ini tidak lagi sah diperlakukan di negeri Pahang mulai dari tahun 1893. ITU SALAH SATU LAGI CATATAN yang guWa ambil dari internet. TUKAR BARANG DAN PENGGUNAAN MATA WANG 1. Sistem perdagangan tukar barang (barter) . 2. Kulit siput geweng & siput gerus – mata wang. 3. Kemudian guna mata wang logam daripada bijih timah dan emas. 4. Mata wang logam iaitu kaleng (calains) drp timah digunakan di Melaka. 5. Di Terengganu, wang emas dan kupang (segi lapan), wang syiling keping atau pitis serta jokoh digunakan. 6. Johor – mata wang emas mas dan kupang. 7. Kelantan – wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis. 8. Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak – mata wang jongkong tampang atau timah 9. Di Selangor – jongkong timah (tampang sebuaya) 10. DiKedah- matawang berbentuk ayam jantan.Matawang Bongkah Timah Negeri Perak dikenali sebagai BIDOR telah digunakan diawal tahun 1630 - 1850 di Negeri Perak. Matawang Bidor ini digunakan sebagai Medium Pertukaran untuk semua jenis Perdagangan utama di Negeri Perak . Matawang Bidor ini dibuat daripada Timah dituang kedalam acuan yang mempunyai bentuk dan berat piawai yang ditetapkan dalam urusan Perdagangan setempat. Catatan pada tahun1413 yang ditulis oleh Ma Huan seorang Jurubahasa Laksamana Cheng Ho semasa mengikuti Delegasi Laksamana Cheng Ho melawat Perak, menulis bahawa banyak terdapat lombong bijih Timah dinegeri Perak. Sultan telah memiliki lombong tersebut dan mengarahkan bijih timah tersebut dilebur dan dituang menjadikan Bongkah kecil dengan berat 1kati 6 tahil dan bongkah tadi diikat dengan rotan dalam jumlah 10 bongkah dalam satu ikatan kecil dan 40 bongkah dalam satu ikatan besar. Semua urusan pertukaran barang dan Perdagangan di Pelabuhan adalah mengunakan Bongkah Timah tadi yang dikenali sebagi Bidor. [ Linehan ,JMBRAS, jilid ix bhg.1 1931 ]. Dalam Perjanjian Syarikat India Timur Belanda dan Acheh pada tahun 1650 kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pengunaan duit Bongkah Timah ini dan kadar pertukaran telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :- 1 BIDOR [ 2 kati 6 tahil ] = 1/4 Dollar Sepanyol @ 25cents Dollar. 1 ikat Kecil 10 Bidor = 2.5 Dollar Sepanyol 1 ikat Besar 40 Bidor = 10 Dollar Sepanyol Penjajah VOIC Belanda telah mengisytiharkan semua pertukaran barang keperluan dan pertukaran perdagangan hendaklah mengunakan Bidor Timah 2 1/2 kati disemua Negeri Kepulauan Tanah Melayu dan Kepulauan Acheh dengan nilaian bersamaan 25cents Dolar Sepanyol. Pengunaan Matawang Bidor ini beransur-ansur ditamatkan pengunaan mulai sekitar tahun 1850 digantikan dengan duit siling perak Straits Settlements di bawah Jajahan Syarikat British India Timur. Galeri Sha Banknote dikesempatan ini ingin memaparkan 6 Bongkah Matawang Bidor Perak yang ada dalam koleksi galeri Sha Banknote untuk nilai dan diperlihatkan kepada ahli Numismatik semua. SATU LAGI STATMENT...... Dani kata ingot...bila guWa pergi google ingot = jongkong. So guWa bagi nama tampang je laaa...
Haaaa..haa...TAPI yang ini yang guWa dapat....Tampang jugak kut.
ke peluru timah....

4 ulasan:

  1. Ada nilai tak Acuan (Acuan saja drp Tembaga) boleh buat apa hah?

    BalasPadam
  2. Maksud saya acuan utk buat Tumpang Duit Timah

    BalasPadam
  3. Sorry Tampang yek.Acuan Tampang saya miliki utk bentok jongkong timah berbunga LAWANG.

    BalasPadam
  4. yaa tuan barang rare,sama sana lah simpan buat anak generasi kita.

    BalasPadam