Selasa, 4 November 2014

SEJARAH EMAS

Sejarah Perlombongan Emas di Dunia Logam emas merupakan logam yang ke 75 banyak di dalam perut bumi.10 Ia terbentuk dalam batuan kuarza dan sendiment. Emas biasanya ditemui bersama perak. Aloi emas dan perak yang terbentuk semula jadi dipanggil electrum. 11 Di Mesir kira-kira 4000 tahun sebelum Masihi, beberapa orang kanak-kanak terjumpa batu yang berkilat seperti ‘nugget kuning’ di dalam anak sungai.12 ‘Nugget kuning” tersebut ini dijumpai di antara Sungai Nil dan Laut Merah. Menurut ahli sejarah, itu adalah emas pertama yang telah dijumpai di dunia. Sejak itu emas mula dilombong sehingga ke hari ini iaitu lebih kurang 6000 tahun emas dilombong dan dikeluarkan dari perut bumi. Keseluruhan jumlah tersebut dianggarkan kira-kira 132,000 ton (Isipadu ton = 19 X 19 X 19 meter padu).13 Emas wujud 5 hingga 250/100 juta bahagian laut. Jika dikira mengikut kuantiti air laut seluruh dunia, kira-kira terdapat 9 bilion tan emas. Ini bersamaan dengan RM 270 trilion (RM 270,000,000,000,000.00). Setiap tahun dunia menghasilkan kira-kira 2300 ton daripada Afrika Selatan (610 tan), Amerika Syarikat (320 tan), Australia (240 tan), Rusia (200 tan), dan Kanada (170 tan). Lapan puluh peratus emas dunia dihasilkan daripada Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Australia, Kanada, China dan Brazil.14 Manakala di Malaysia,15 emas dilombong sejak 2000 tahun dahulu dan tempat yang paling banyak dilombong ialah di Penjom, Pahang dengan 3 ton setahun. Malaysia hanya memperuntukkan 100 ton untuk membuat barang kemas berbanding permintaan dunia terhadap barang kemas iaitu sebanyak 2,240 ton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan