Ahad, 9 November 2014

MISI MEMBURU TARGET DI SG LIMAU TRONG

7.00 pagi Sabtu...guWa dah bersiap dan bergerak ke Pdg Rengas utk bersama Zam dan Dani. Sebelum bertemu guWa off kejap di masjid Pdg Rengas....hajat besau.... Jangkanya misi kali ini akan disertai oleh team dari Penang dan Taiping. Jam sepuluh kami bertemu di lokasi. Macam biasa lokasi Sg Trong merupakan bekas pasar dan pelabuhan zaman pemerentahan Long Jaafar yang berpusat di Bukit Gantang. Ini merupakan misi guWa kali ke 3 di sini. masuk waktu tgh hujan mula mencurah.....kami balik.... Hasilnya kurang kali ni....mcm biasa Dani mengungguli.

Selasa, 4 November 2014

SEJARAH EMAS

Emas sering kali dijumpai dalam bentuk tulen dan ia tidak bergabung dengan unsur lain seperti logam-logam mineral yang lain contohnya besi ditemui dalam bentuk ferum oxide dan Magnesium pula bergabung dengan sulfur membentuk magnesium sulfat. Emas berada dicelah-celah lapisan batu samada gumpalan besar, tetapi kebiasaannya emas ditemui dalam bentuk serpihan kecil di celah batu kuarza, sabak, batuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas dari puncak ke kaki bukit akibat kesan jerapan didalam batuan, dan biasanya termendap didalam batu kuartza atau pirit atau bercampur dengan tellurium dalam mineral petzit, kalaverit dan sylvanite.
Ah sudah, pening nak sebut nama pelik-pelik batu2 ni. Tapi yang bestnya bayangkan anda sedang mengorek bukit untuk mencari air bukit, tiba2 ada sebiji batu jatuh terhempuk didepan anda (bukan hempuk kepala ) pada batu itu, terdampar sekilauan ketulan emas seberat beberapa tan! , wah! jadi apa anda akan buat? hebohkan kepada umum? masuk paper nak jadi famous? atau teruskan korek secara rahsia? saya pilih option yang last, korek sendiri dan jual maka saya boleh jadi kaya cepat. Siapa taknakkan? Baiklah kali ini saya hanya ingin berkongsi keadaan logam emas yang ditemui didalam batu. Emas boleh ditemui dimana-mana tetapi jumlahnya sangat sedikit, dalam pelbagai bentuk dan formation. [column width="57%" padding="0"][/column] [column width="40%" padding="0"] Ini adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.[/column]
[column width="57%" padding="0"][/column] [column width="40%" padding="0"]Batuan emas pelik ini berasa dari Icabaru, Venezuela di Amerika Selatan. Emas ini ditemui dalam bentuk lapisan. Biasa disebut sebagai Graded Bedding. Lapisan demi lapisan emas ini terhasil dari gerakan kerak bumi yang berlaku pada tempat yang sama. setiap lapisan mengandungi kualiti emas yang yang berbeza.[/column] [column width="57%" padding="0"][/column]
[column width="40%" padding="0"]Batuan kristal ini mengandungi emas dalam jumlah yang kecil. yang menariknya, didalam batu kristal, emas tersebar dalam bentuk seperti lumut, emas melekat pada celah kerak dan permukaan batuan kristal. Kedua-dua mineral ini sangat mudah untuk diasingkan.[/column]
[column width="57%" padding="0"][/column] [column width="40%" padding="0"]Didalam batu marmar pula, emas biasanya terselit didalam lapisan akibat dari proses sedimentary rock (Lithification), emas terperangkap didalam batuan marmar dan terkumpul disitu untuk suatu tempoh yang lama[/column] [column width="57%" padding="0"][/column]
[column width="40%" padding="0"]Emas dalam bentuk batuan aneh seperti tanduk Ram (Kambing gurun), bentuknya sangat unik dan tiada keterangan yang jelas bagaimana formasi ini terjadi dan harganya sangat mahal.[/column] [column width="57%" padding="0"][/column]
[column width="40%" padding="0"]Anda pernah jumpa batu kuartza putih macam ini? ia berselerakan dimana-mana, saya selalu bermain batu macam ini semasa di Felda Cheneh dan Felda Gua Musang dahulu, x sangka, dalam batu kuartza putih ni pun boleh ditemui emas. Ia berada pada urat-urat emas batu kuartza putih. Jenis ini mungkin banyak di Malaysia.[/column]
[column width="57%" padding="0"][/column] [column width="40%" padding="0"]Batu kuartza hitam ini mengandungi iron oxida. logam emas yang berselerakan dicelah batu lebih tertumpu kepada kawasan rekahan yang dekat dengan iron oxida (hitam). Batu ini sangat kaya dengan emas dan pyrite.[/column] [column width="57%" padding="0"][/column]
[column width="40%" padding="0"]Kristal emas tulen paling biasa dijumpai dalam bentuk oktagon, spesimen yang digali dari lombong emas di California menunjukkan bentuk emas sebenar diperolehi secara semulajadi.[/column] [column width="57%" padding="0"][/column] [column width="40%" padding="0"]Emas yang dijumpai didalam string gerudi semasa proses carigali. Saya jangkakan batu ini adalah quartza, bitumen, batu keras yang hitam mungkin beberapa ratus meter dibawah dasar bumi.[/column]
[column width="100%"]yang terakhir, saya nak share batuan “emas” yang di jumpai di sebuah kuari di Pendang, Kedah pada awal tahun ini, selepas kajian dijalankan logam yang dikatakan “emas” tersebut terbukti adalah Pyrite(pyrite biasanya digunakan untuk membuat emas palsu). Anda nampak tak sebarang perbezaan diantara batu mengandungi emas dan batu mengandungi Pyrite?[/column] [column width="100%"]

SEJARAH EMAS

Sejarah Perlombongan Emas di Dunia Logam emas merupakan logam yang ke 75 banyak di dalam perut bumi.10 Ia terbentuk dalam batuan kuarza dan sendiment. Emas biasanya ditemui bersama perak. Aloi emas dan perak yang terbentuk semula jadi dipanggil electrum. 11 Di Mesir kira-kira 4000 tahun sebelum Masihi, beberapa orang kanak-kanak terjumpa batu yang berkilat seperti ‘nugget kuning’ di dalam anak sungai.12 ‘Nugget kuning” tersebut ini dijumpai di antara Sungai Nil dan Laut Merah. Menurut ahli sejarah, itu adalah emas pertama yang telah dijumpai di dunia. Sejak itu emas mula dilombong sehingga ke hari ini iaitu lebih kurang 6000 tahun emas dilombong dan dikeluarkan dari perut bumi. Keseluruhan jumlah tersebut dianggarkan kira-kira 132,000 ton (Isipadu ton = 19 X 19 X 19 meter padu).13 Emas wujud 5 hingga 250/100 juta bahagian laut. Jika dikira mengikut kuantiti air laut seluruh dunia, kira-kira terdapat 9 bilion tan emas. Ini bersamaan dengan RM 270 trilion (RM 270,000,000,000,000.00). Setiap tahun dunia menghasilkan kira-kira 2300 ton daripada Afrika Selatan (610 tan), Amerika Syarikat (320 tan), Australia (240 tan), Rusia (200 tan), dan Kanada (170 tan). Lapan puluh peratus emas dunia dihasilkan daripada Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Australia, Kanada, China dan Brazil.14 Manakala di Malaysia,15 emas dilombong sejak 2000 tahun dahulu dan tempat yang paling banyak dilombong ialah di Penjom, Pahang dengan 3 ton setahun. Malaysia hanya memperuntukkan 100 ton untuk membuat barang kemas berbanding permintaan dunia terhadap barang kemas iaitu sebanyak 2,240 ton.

Ingot atau Tampang sebagai matawang.

Pada hari ini dalam tahun 1889, mata wang tampang telah diisytiharkan oleh Pentadbiran Inggeris sebagai sah diperlakukan di negeri Pahang. Tampang ialah istilah yang digunakan bagi mata wang yang diperbuat daripada timah yang digunakan pada zaman dahulu di negeri Pahang. Adalah dipercayai mata wang tampang ini juga digunakan di negeri-negeri lain misalnya di negeri Melaka, menurut catitan sejarah China di awal kurun ke 15, matawang diperbuat dari timah ini ada digunakan di negeri Melaka. Ia adalah dalam bentuk blok-blok kecil timah yang beratnya antara 900 gm atau 750 gm atau 10 blok kecil itu diikat dengan rotan dan dijadikan satu bundal kecil. Manakala 40 blok dijadikan bundal besar. Penggunaan blok-blok timah ini sebagai mata wang di negeri Melaka telah dihentikan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511. Penggunaan mata wang tampang di negeri Pahang ada dicatitkan oleh Munshi Abdullah dalam bukunya ‘Pelayaran Abdullah Munsyi”. Beliau menyatakan bahawa mata wang tampang itu ada digunakan di negeri Pahang dalam tahun 1837. Walaubagaimanapun, pentadbiran Inggeris di negeri Pahang telah mengisytiharkan bahawa mata wang tampang ini sah diperlakukan pada hari ini dalam tahun 1889. Dalam pengisytiharan itu dinyatakan bahawa pengeluaran mata wang tampang ini tidak dibenarkan lagi selepas pengisytiharan tersebut. Akhirnya mata wang tampang ini tidak lagi sah diperlakukan di negeri Pahang mulai dari tahun 1893. ITU SALAH SATU LAGI CATATAN yang guWa ambil dari internet. TUKAR BARANG DAN PENGGUNAAN MATA WANG 1. Sistem perdagangan tukar barang (barter) . 2. Kulit siput geweng & siput gerus – mata wang. 3. Kemudian guna mata wang logam daripada bijih timah dan emas. 4. Mata wang logam iaitu kaleng (calains) drp timah digunakan di Melaka. 5. Di Terengganu, wang emas dan kupang (segi lapan), wang syiling keping atau pitis serta jokoh digunakan. 6. Johor – mata wang emas mas dan kupang. 7. Kelantan – wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis. 8. Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak – mata wang jongkong tampang atau timah 9. Di Selangor – jongkong timah (tampang sebuaya) 10. DiKedah- matawang berbentuk ayam jantan.Matawang Bongkah Timah Negeri Perak dikenali sebagai BIDOR telah digunakan diawal tahun 1630 - 1850 di Negeri Perak. Matawang Bidor ini digunakan sebagai Medium Pertukaran untuk semua jenis Perdagangan utama di Negeri Perak . Matawang Bidor ini dibuat daripada Timah dituang kedalam acuan yang mempunyai bentuk dan berat piawai yang ditetapkan dalam urusan Perdagangan setempat. Catatan pada tahun1413 yang ditulis oleh Ma Huan seorang Jurubahasa Laksamana Cheng Ho semasa mengikuti Delegasi Laksamana Cheng Ho melawat Perak, menulis bahawa banyak terdapat lombong bijih Timah dinegeri Perak. Sultan telah memiliki lombong tersebut dan mengarahkan bijih timah tersebut dilebur dan dituang menjadikan Bongkah kecil dengan berat 1kati 6 tahil dan bongkah tadi diikat dengan rotan dalam jumlah 10 bongkah dalam satu ikatan kecil dan 40 bongkah dalam satu ikatan besar. Semua urusan pertukaran barang dan Perdagangan di Pelabuhan adalah mengunakan Bongkah Timah tadi yang dikenali sebagi Bidor. [ Linehan ,JMBRAS, jilid ix bhg.1 1931 ]. Dalam Perjanjian Syarikat India Timur Belanda dan Acheh pada tahun 1650 kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pengunaan duit Bongkah Timah ini dan kadar pertukaran telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :- 1 BIDOR [ 2 kati 6 tahil ] = 1/4 Dollar Sepanyol @ 25cents Dollar. 1 ikat Kecil 10 Bidor = 2.5 Dollar Sepanyol 1 ikat Besar 40 Bidor = 10 Dollar Sepanyol Penjajah VOIC Belanda telah mengisytiharkan semua pertukaran barang keperluan dan pertukaran perdagangan hendaklah mengunakan Bidor Timah 2 1/2 kati disemua Negeri Kepulauan Tanah Melayu dan Kepulauan Acheh dengan nilaian bersamaan 25cents Dolar Sepanyol. Pengunaan Matawang Bidor ini beransur-ansur ditamatkan pengunaan mulai sekitar tahun 1850 digantikan dengan duit siling perak Straits Settlements di bawah Jajahan Syarikat British India Timur. Galeri Sha Banknote dikesempatan ini ingin memaparkan 6 Bongkah Matawang Bidor Perak yang ada dalam koleksi galeri Sha Banknote untuk nilai dan diperlihatkan kepada ahli Numismatik semua. SATU LAGI STATMENT...... Dani kata ingot...bila guWa pergi google ingot = jongkong. So guWa bagi nama tampang je laaa...
Haaaa..haa...TAPI yang ini yang guWa dapat....Tampang jugak kut.
ke peluru timah....

Pinpointer Local Made

Ha..ha...ha....last sekali guWa beli pinpointer jenama tempatan...local made. Masa guWa try semalam boleh tahan jugak. Haaa...kali ni Zamri tak boleh kongke sorang dah.....
Kalau bagus ada harapan yang beli lagi satu. Tapi kalu hampeh...terpaksalah guWa cari yang lain.

Wang zaman Belanda 1857

Antara yang guWa dapat dan masih cantik lagi adalah duit zaman Belanda ni.
Majoriti duit kawasan ni agak rosak teruk dan dah terlalu lama. Purata adalah keluaran tahun 1840 an. guWa rasa keadaan tanah yang agak bernah liat menyebabkan duit terendam dalam asid tanah dan menjadi haus. Berbanding dengan dapatan di sg limau terung...purata duit masih cantik.

MEMBURU 'TARGET'

Projek memburu 'Target' pada sabtu minggu lepas berjalan lancar. Jam 8 pagi Dani, Zamri dah sampai laman rumah guWa. Kali ni tumpuan di sebelah pantai Manjung...tanjung batu. Lokasi dikenalpasti bekas penempatan kaum Melayu era 1800. Jangka balik tghari....rupanya lewat jam 4 ptg baru balik....perghhhh...kali ni letih betul. jarak MD 200 meter persegi. Ni la hasilnya....macam biasa Dani masih menguasai hasilnya.